Petua Putihkan Gigi Kuning Dengan Cepat Dan Berkesan

Petua Putihkan Gigi Kuning Dengan Cepat Dan Berkesan – Ramai orang beranggapan bahawa menggosok gigi sahaja sudah cukup untuk merawat gigi tetap putih dan mencegah gigi berlubang. Ternyata menggosok gigi sahaja tidak cukup, apalagi jika gigi anda sudah kuning.

Sekarang ini, ramai orang yang mencari cara memutihkan gigi. Mereka rela membelanjakan wang yang besar untuk mendapatkan rawatan pemutihan gigi. Saya akan kongsikan beberapa petua putihkan gigi kuning yang menggunakan bahan semulajadi. Hasilnya mungkin berbeza bagi setiap orang, tetapi ini boleh menjimat wang dan mendapatkan gigi putih semulajadi.

petua putihkan gigi

Petua Putihkan Gigi

Kayu sugi

Sejak zaman dahulu kayu sugi sudah dipercayai dapat membersihkan gigi. Ia juga dapat memperkuat gigi, menghilangkan kotoran pada gigi, dan membuat gigi putih bersinar.

Kayu arang

Arang yang bewarna hitam mungkin kedengarannya macam pelik untuk memutihkan gigi. Tetapi kenyataannya arang kayu adalah petua putihkan gigi secara traditional yang cukup berkesan. Caranya gosok gigi anda dengan brush gigi dan serbuk arang kayu selama 3-5 minit. Cuma jangan berlebihan menggunakan arang untuk memutihkan gigi kerana ia boleh merosak enamel gigi.

Lemon dan garam

Lemon mempunyai kandungan pemutih yang boleh menghilangkan gigi kuning. Caranya ambil beberapa titis air perahan lemon dan campurkan dengan sedikit garam. Gaul dan berus gigi anda dengan campuran tersebut. Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air suam. Lakukan paling kurang dua kali seminggu.

Baking soda

Baking soda mempunyai kebaikan dapat menghapus plak dan membuat gigi putih. Caranya campurkan beberapa sudu baking soda dan sedikit ubat gigi. Berus gigi gigi anda dengan campuran tersebut. Lakukan paling kurang dua kali seminggu.

Kulit buah oren

Apabila mengupas buah oren, anda boleh melihat ada bahagian yang berwarna putih. Kebiasaannya orang ramai membuang kulit buah oren kerana tidak tahu ini dapat memutihkan gigi. Caranya ambil kulit buah oren dan jadikan saiz keci yang sesuai untuk mulut anda. Sapukan bahagian putih kulit oren pada gigi anda. Ulangi proses ini secara berkala untuk mendapatkan hasil yang cukup berkesan.

Minyak kelapa

Minyak kelapa mempunyai kandungan asid laurik yang dapat membunuh kuman penyebab plak gigi. Minyak kelapa juga dapat menyihatkan gusi dan menyegarkan nafas. Caranya ambil satu sudu teh minyak kelapa dan sapukan di gigi anda. Gunakan lidah untuk menyapu bahagian yang sukar dicapai. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas dengan air bersih. Lakukan cara ini sebelum anda memberus gigi pada waktu pagi hari.

Bleaching

Bleaching adalah salah satu petua putihkan gigi dengan cepat yang disyorkan oleh doktor gigi. Kebiasaannya, ini dilakukan dengan cara menyapu sejenis gel dan pemutih keatas gigi anda dengan menggunakan kaedah tertentu. Sekiranya anda teringin mencuba cara ini, anda perlu berjumpa doktor gigi.

Rawatan laser

Rawatan laser memang cukup mahal kerana ada banyak rawatan yang akan dijalani, tetapi ini adalah petua putihkan gigi dengan cepat dan terbaik. Ramai doktor gigi yang setuju bahawa kaedah ini sangat efektif. Namun tidak semua boleh menjalaninya, anda harus menjalani pemeriksaan gigi terlebih dahulu. Kesan rawatan laser ini boleh bertahan selama 3 tahun, bergantung pemakanan pemilik.

Petua putihkan gigi di atas sesuaikan dengan kondisi anda. Jika anda tidak boleh mendapatkan cara rawatan gigi komersial, boleh cuba yang semulajadi. Selain mencuba cara diatas, elakkan faktor-faktor penyebab warna gigi berubah seperti merokok dan minum kopi/teh. Anda perlu menjaga kesihatan gigi anda daripada gigi anda bertukar kepada warna kuning.

Petua Putihkan Gigi Kuning Dengan Cepat Dan Berkesan | admin | 4.5