Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat dan Semulajadi

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat dan Semulajadi – Jerawat memang menjadi satu masalah kerana ia dapat menimbulkan keyakinan diri berkurang dan malu berhadapan dengan orang ramai. Apabila sudah singgah di wajah, bukan hanya datangnya sahaja yang tanpa diundang, tetapi hilangkannya pun susah. Satu dua jerawat di muka boleh tahan, tetapi kalau sudah penuh jerawat satu muka, memang buat sakit hati.

Nasib baik di pasaran masa ini sudah banyak produk yang dapat menghilangkan jerawat dengan segera. Tetapi anda mesti hati-hati kerana ia mengandungi bahan kimia. Anda boleh mencuba petua hilangkan jerawat secara traditional dan mujarab. Mungkin anda tercari-cari cara menghilangkan jerawat paling berkesan, ini berita baiknya. Cara yang saya kongsi menggunakan bahan berasas sumber alam semulajadi yang mampu menghilangkan jerawat degil, jerawat batu, dan jerawat pasir.

petua hilangkan jerawat

Petua Hilangkan Jerawat

Aloe vera

Kebaikan aloe vera tidak hanya sebagai vitamin rambut sahaja, tetapi juga untuk membantu mengurangi keradangan di muka. Aloe vera mengandungi kandungan anti-bakteria dan anti-radang. Aloe vera juga dapat membantu mengurangi kadar lebihan minyak di muka. Caranya, buang kulit aloe vera dan hiris bahagian dagingnya. Selepas menjadi gel, sapukan pada muka yang berjerawat dan biarkan hingga 40 minit. Akhir sekali bilas muka dengan air suam.

Bawang putih

Senada dengan aloe vera, bawang putih juga mengandungi kandungan anti-bakteria yang boleh menghilangkan jerawat. Caranya, hancurkan seulas bawang putih dan tambah sedikit air. Sapukan bawang putih tadi di kawasan muka yang berjerawat selama 10 minit. Jangan cuba anda letakkan bawang putih pada kulit muka tanpa menggunakan air.

Madu

Madu merupakan antibiotik semulajadi yang boleh membunuh bakteria. Kebaikan madu sangat mujarab untuk membunuh bakteria penyebab jerawat dan menghilangkan jerawat. Madu juga berkhasiat melembabkan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat. Caranya, ambil sedikit madu menggunakan bebola kapas dan tekap pada kawasan muka yang berjerawat.

Pek ais

Ais memang terkenal dapat membantu mengurangkan bengkak dan mengecilkan jerawat. Caranya, ambil satu pek ais dan balut dengan kain lembut. Tekap ais pada kawasan muka yang berjerawat selama 2-3 minit.

Air lemon

Lemon mengandungi kandungan yang kaya vitamin C sehingga amat mujarab menghilangkan jerawat di muka. Caranya, perah jus lemon dan ambil menggunakan bebola kapas. Tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas dengan air suam. Anda boleh lakukan cara ini 2-3 kali sehari untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.

Ubat gigi

Ubat gigi mengandungi kandungan anti-bakteria yang boleh membunuh bakteria penyebab jerawat. Caranya, sebelum masuk tidur, sapukan ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman. Ubat gigi mampu mengeringkan jerawat dan menghilangkan jerawat dengan cepat.

Ubat jerawat tradisional

Cara ini bukan sahaja menghilangkan jerawat, tetapi juga membuat kulit muka lebih licin dan halus. Siapkan 1 sudu besar madu, 1 biji putih telur, 1 potong kecil lobak merah, dan 1 hiris bawang putih. Cara membuat ubat jerawat tradisional, pukul putih telur hingga sedikit berbuih. Selepas itu, tumbuk lobak merah dan hirisan bawang putih. Campurkan ke dalam putih telur dan masukkan juga madu, kacau hingga sebati. Sapukan pada kawasan muka yang berjerawat dan biarkan selama 30 minit. Akhir sekali, basuh muka dengan air suam. Buat setiap malam sebelum tidur selama seminggu.

Petua hilangkan jerawat ini boleh digunakan untuk pelbagai umur kerana ia menggunakan bahan semulajadi. Cara ini sangat sesuai untuk anda yang sudah cuba bermacam-macam jenis ubat jerawat, tetapi tidak hilang-hilang juga jerawatnya. Pastikan juga cuci muka sebelum masuk tidur supaya jerawat tidak cepat timbul.

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat dan Semulajadi | admin | 4.5