Petua Hilangkan Batuk Bayi Secara Semulajadi Tanpa Ubat dan Cepat

Petua Hilangkan Batuk Bayi Secara Semulajadi Tanpa Ubat dan Cepat – Bayi memang paling mudah dijangkiti batuk. Apabila sudah batuk, bayi akan meragam dan mudah menangis kerana mereka susah bernafas. Sudah tentu ini akan membuat tidur bayi terganggu, dan akan membuat ibu bapa risau. Jika bayi anak batuk, segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan, utamanya pada bayi di bawah 6 bulan.

Doktor tidak akan sebarang memberi ubat batuk jika bayi masih di bawah 6 bulan. Kebiasaannya, doktor akan memberitahu kepada ibu bapa bahawa ianya adalah normal sahaja bagi bayi. Batuk berkahak akan keluar dengan sendiri melalui muntah atau najis. Kalau nak cuba sendiri di rumah, anda boleh cuba petua hilangkan kahak bayi secara semulajadi tanpa ubat dan cepat.

petua hilangkan batuk bayi

Petua Hilangkan Batuk Bayi

Tepuk Percussion

Tepuk-tepuk bahagian belakang bayi secara perlahan dengan menggunakan tangan yang melengkung. Lakukan ini seperti pada masa kita mahu sendawa selepas menyusu. Tulang belakang bayi masih lemah, oleh itu jangan menepuk pada tulang belakang bayi. Tepuk percussion bertujuan melegakan masalah kahak dan memudahkan pengeluarannya.

Minyak bawang putih

Minyak bawang putih boleh menjadi satu cara hilangkan batuk bayi secara semulajadi kerana bawang putih terkenal dengan sifat kaya antioksidan. Bawang putih boleh membantu meningkatkan sistem imun badan bayi. Caranya, bakar satu labu bawang putih bersama kulitnya dan tambahkan minyak zaitun/bayi secukupnya. Lenyekkan bawang putih dan sapukan ke dada bayi.

Wap air panas dan bawang putih

Senada menggunakan minyak bawang putih, anda boleh menggunakan wap air panas dan bawang putih untuk menghilangkan batuk bayi. Caranya, bakar bawang putih kemudian ditumbuk. Masukkan ke dalam mangkuk berisi air panas dan sedikit minyak zaitun. Hadapkan muka anak ke arah mangkuk dan tutup kepala dengan napkin nipis supaya lebih berkesan. Wap tadi akan naik dan melegakan rongga anak. Boleh anda tambah dengan tepuk percussion tadi.

Garlic Socks

Bawang putih sememangnya menjadi antibiotik semulajadi untuk badan. Caranya, bakar bawang putih dan letakkan di dalam stokin anak. Kulit tapak kaki anak masih belum kuat, oleh itu pastikan bahagian bawang putih yang telah dibakar tidak terkena langsung dengan telapak kaki.

Kunyit

Kunyit juga menjadi petua menghilangkan batuk secara traditional. Kunyit sememangnya terkenal sebagai antibiotik selain bawang putih. Caranya, tumbuk sedikit kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. Selepas beberapa percubaan, batuk akan hilang.

Mandian Lemon

Mandian lemon dapat membantu mengeringkan hingus dan kahak pada bayi. Caranya, letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon boleh membantu menghilangkan batuk kahak.

Daun Kaduk

Ini adalah satu cara hilangkan batuk bayi secara semulajadi. Caranya, ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapukan ramasan daun ini ke dada dan belakang badan bayi.

Petua hilangkan batuk bayi secara semulajadi tanpa ubat diatas boleh anda cuba sendiri di rumah. Bagi yang masih menyusu badan penuh, sebaiknya ibu amalkan pemakanan sihat dan berkhasiat. Ibu perlu lebih selektif ambil pemakanan, seperti elakkan makanan manis kerana akan merangsang pengumpulan mukus. Boleh juga dengan masukkan bawang putih ke dalam masakan anda.

Petua Hilangkan Batuk Bayi Secara Semulajadi Tanpa Ubat dan Cepat | admin | 4.5