Cara Kuruskan Badan Dengan Kurma

Cara Kuruskan Badan Dengan Kurma – Kurma adalah salah satu jenis buah yang ramai disukai oleh masyarakat Malaysia. Buah yang berasal daripada tanah arab ini sangat mudah ditemui semasa bulan Ramadhan tiba. Buah ini mempunyai rasa manis sehingga sangat baik dimakan saat berbuka puasa. Pada saat bulan Ramadhan kita sebagai muslim disunahkan berbuka puasa dengan buah kurma. Namun sebenarnya buah kurma tidak hanya digunakan sebagai hidangan berbuka sahaja, tetapi juga bisa dijadikan sebagai ubat diet semulajadi.

cara kuruskan badan dengan kurma

Memang baru-baru ini kita mendengar kurma mempunyai banyak khasiatnya. Selain menguatkan sistem imun dan memberi sumber tenaga yang mudah diserap tubuh, ia juga boleh digunakan untuk kuruskan badan. Jika anda mahu cara kuruskan badan yang mudah dan semulajadi, buah kurma boleh menjadi opsi kerana ia mudah di dapat dan jimat wang daripada ubat diet lain.

Cara kuruskan badan dengan kurma ialah menjadikan kurma sebagai hidangan makan malam. Cubalah ganti menu makan malam anda dengan buah kurma, tak perlu makan nasi dan lauk pauk. Cubalah petua ini selama sebulan dan boleh tengok berat badan anda sudah mula menurun dan lebih kurus.

Amalan memakan kurma sebagai hidangan makan malam memang terbukti memberi kesihatan tubuh. Ini kerana pada waktu malam, badan perlu berehat dari segala aktiviti. Jika kita makan malam dengan nasi dan lauk pauk, makanan itu hanya akan menjadi lemak dan memberi tekanan pada organ tubuh. Buah kurma sebagai opsi makan malam dapat memberi tenaga yang cepat sehingga kita tidak lemas dan tubuh menjadi lebih sihat.

Selain dengan cara di atas, sebenarnya masih banyak cara lain yang dapat anda lakukan dengan buah kurma. Hanya sahaja ini yang paling best dan mudah untuk dicuba. Masih banyak juga khasiat buah kurma selain daripada dapat menguruskan badan, ada pelbagai buku tentang khasiat kurma yang boleh anda baca di kedai buku. Beberapa khasiat yang kita dapat dari buah kurma diantaranya melancarkan pencernaan, menjaga kesihatan jantung, menjaga kesihatan mata, dan menambah energi. Semoga petua kuruskan badan ini dapat membantu anda menjadi lebih kurus dan sihat.

Cara Kuruskan Badan Dengan Kurma | admin | 4.5