Resepi Sup Ayam Mudah dan Sedap

DemoBlog.net - Resepi Sup Ayam Mudah dan Sedap - Sudah beberapa hari ni saya tak ada update blog kerana memang tak ada mood sebenarnya. Oleh itu, hari ni saya nak kongsikan resepi sup ayam mudah je. Untuk membuatnya, mudah je sebenarnya. Campak-campak je semua baha jadi lah sup, tetapi yang penting harus masak yang sedap. Sup ayam yang saya gunakan ni pun tak banyak guna bahan. Yang saya buat ni guna sup bunjut, tetapi bila nak tengok resepi sup ayam tanpa sup bunjut, sila tengok blog kawan saya. Jom kita langsung tengok resepi yang dah saya buat.

Resepi Sup Ayam Mudah

Bahan-bahan:
  • Setengah ekor ayam
  • 5 biji bawang merah (di hiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (di hiris nipis)
  • 1/2 halia (di hiris nipis)
  • 3 biji kentang
  • Rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Sup bunjut
  • Minyak
Cara menyediakan:
  1. Tumis rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang merah, dan halia yang telah dihiris hingga garing.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air serta garam. Biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan sup bunjut dan kentang yang telah dibelah empat.
  4. Masak hingga kentang empuk. Tambahkan air bila kurang.
  5. Tambah sedikit serbuk perasa dan tunggu hingga sup menggelegak.
  6. Tutup api dan hidangkan sup bersama nasi panas.
Mudah je kan buat resepi sup ayam mudah ni. Nak lebih sedap, taburkan daun sup dan bawang goreng diatasnya. Korang yang tak banyak masa di dapur, boleh lah cuba resepi ringkas yang satu ni, apalagi untuk berbuka puasa nanti.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Sup Ayam Mudah dan Sedap"

Catat Ulasan