Resepi Nasi Ayam Madu Chef Wan

DemoBlog.net - Resepi Nasi Ayam Madu Chef Wan - Resepi nasi ayam ini diinspirasikan daripada seorang chef Wan. Bagi saya ia seorang chef yang sangat inspiratif kerana selalu masak dengan rasa khas tersendiri. Anak-anak memang paling suka makan nasi ayam. Saya pun juga suka makan nasi ayam kerana masaknya mudah. Yang akan saya kongsikan sedikit berbeza daripada resepi nasi ayam madu daripada blog lain. Saya tidak menggoreng ayam ke dalam minyak banyak, tetapi dipanggang dalam oven. 


Bahan-bahan
1/2 cawan marjerin 
2 biji bawang besar - dikupas dan dicincang
2 cm halia muda - dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan - disiat-siat dan disimpul
4 cawan beras butir panjang - dicuci dan ditoskan (saya hanya gunakan beras biasa sahaja)
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam
madu secukupnya

Cairkan marjerin dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis bunga cengkih dan daun pandan. Masak hingga naik bau.
Masukkan beras dan goreng sebentar.
Tambahkan air rebusan ayam dan perasakan dengan garam.
Masak hingga cecair terserap dalam beras dan kecilkan api.
Tutup periuk selama 10 minit hingga nasi masak.

Bahan ayam
1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua - direbus dalam air yang didih perlahan hingga separuh masak.
2 cm halia - dikupas dan ditumbuk
2 ulas bawang putih - dikupas dan ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar marjerin
Garam
Lada hitam yang baru dikisar (saya gunakan 1 sudu besar)

Cara memasak
Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih, madu, merjerin dan kicap.
Letakkan ayam dalam dulang pembakar dan bakar selama 30-40 minit pada 180 darjah celcius.
Tunggu hingga masak dan potong kecil-kecil.

Resepi ni tidak disertakan sup, kicap, dan sos. Saya hanya kongsi resepi masak nasi ayam madu chef wan sahaja. Jika nak cuba buat yang lengkap lagi, sila buka blog lain. Saya hanya

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Nasi Ayam Madu Chef Wan"

Catat Ulasan